Sunday, November 30, 2008

Desas-desus PKR menerajui negara


Setelah tiga hari Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlangsung di Shah Alam bermula 28 hingga 30 November lalu, suara-suara keramat, suara andaian, suara rakyat, suara harapan membangkitkan perasaan yakin kepada PKR membuak-buak di kalangan yang hadir. Setelah dinihari beberapa orang pemimpin atasan dan pembicara PKR begitu lantang dan bersemangat melontarkan idea, pelan, keyakinan PKR berjaya mentadbir negara dan beberapa janji yang menjadikan Negeri Selangor sebagai contohnya, mereka terus mencipta harapan demi harapan rakyat akan aman, adil, dilayan sama rata jika PKR menanggggg... Semua Pemimpin BN adalah rasuah dan UMNO sendiri telah lemah ekoran beberapa parti komponen BN membuat tuntutan yang mengugat keselesaan mereka selama ini.

Justeru itu apakah hadirin sekelian masih tertunggu-tunggu lagi untuk menyahut seruan pemimpin PKR yang bermatian-matian sebelum ini memperjuangkan nasib rakyat yang teraniaya, tertindas, dibohongi oleh BN dan pemimpin-pemimpin terdahulu. Ini adalah kesimpulan kata-kata keramat kongres tersebut.

Namun dalam hal ini banyak pihak patut berhati-hati dengan perkembangan yang berlaku di negara kita ketika ini. Usah terpedaya dengan niat jahat seseorang pemimpin tidak kira apa sokongan politik mereka. Yang perlu diselidiki adalah jasanya, sikapnya, latar belakangnya, pegangan kepada amalan agamanya, pengalamannya, dan juga selidiki isu-isu yang dikaitkan dengan pemimpin tersebut.Mengapakah isu-isu sensitif dan memalukan dikaitkan dengan mereka, adakah ianya disengajakan, kebetulan, mahu menjatuhkan kariernya/maruahnya atau secara mahu menguji keikhlasan yang didakwa menjadi pegangan hidupnya yang diheboh-hebohkan.

Itulah dia dunia sangkaan dalam mengejar cita-cita baik di dalam arena politik, ekonomi dan juga kehidupan sosial yang menjuruskan kepada kebendaan. Jadi siapakah yang benar dan bersalah atau sengaja disalah ertikan kenyataan-kenyataan yang pada asalnya disebut sebagai mainan mulut sahaja namun setelah mereka ini mempunyai kedudukan yang berpengaruh, maka isu-isu yang mahu menjatuhkan mereka akan bertimpa-timpa datang tanpa diundang lagi. Ayuh marilah kita sama-sama fikirkan, ambil iktibar, pedoman, apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini; Di Malaysia sahaja.