Wednesday, March 11, 2009

Mari saman ramai-ramai

Sejak akhir-akhir ini selepas kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat diambil oleh BN, berbagai isu, kejadian, tindakan yang berbentuk menyarankan agar ianya dibawa ke mahkamah makin menjadi-jadi. Perbuatan saman menyaman dan mengfailkan kes-kes yang didakwa telah menyalahi undang-undang telah dikemukakan kepada pihak mahkamah. Ini belum masuk lagi saman dan laporan polis kepada keceluparan mulut Karpal Singh. Apa sudah jadi negara Malaysia kita ini. Nampaknya kesepaduan, kesetiaan dan ikatan muhibbah kaum antara rakyat di negara ini sudah dihakis oleh sentimen kepentingan agenda politik tanah air yang masing-masing mahu mengejar kuasa. Apabila rakyat yang penuh dengan emosi dan dihasut dengan semangat kononnya kerajaan tidak prihatin kepada rakyat, maka mudah pihak-pihak tertentu memainkan peranan supaya membenci BN dan sekutu-sekutunya. Ini yang dijadikan modal dalam siri-siri ceramah pihak pembangkang yang tidak segan silu menuduh pemimpin itu dan ini di dalam BN yang tidak baik. Maka terhiburlah golongan yang tertunggu-tunggu untuk mengambil kesempatan daripada situasi yang agak keruh ini. Bab kata orang-orang yang berbalas pantun
"rumah di hulu diduduk jangan,
simpang mengkudu arah selatan
marah kelambu dibuang jangan
sangkaan buruk menjadi mainan"