Tuesday, December 2, 2008

Apakah ini yang kita mahukan

Rentetan kemelut Thailand dan tempiasnya ke negara kita memang diakui terkena kepada masyarakat/rakyat di negara kita. Walaupun tempiasnya tidaklah dalam meterial atau dalam bentuk fizikal namun kesan mendalam baik dari segi fahaman atau idealogi yang cuba dibawa ke negara kita telah ada. Sedar tak sedar apa yang berlaku di negara jiran kita tersebut adalah ekoran revolusi tahun 1932 menjatuhkan institusi raja di Thailand.
Kejadian-demi kejadian berdarah berlaku di Thailand seperti peristiwa berdarah Tak Bai di Selatan Thai yang mengorbankan beratus rakyat beragama Islam di dalam satu tunjuk perasaan di depan balai polis Tak Bai. Dan paling menyedihkan ianya berlaku di bulan Ramadhan dengan pelbagai kekerasan dilakukan oleh tentera kerajaan Thailand. PM Thaksin adalah orang yang bertanggungjawab di dalam trajedi kekerasan ini.
Justeru itu di Selatan Thailand sehingga kini terus bergolak dan setiap bulan ada sahaja nyawa yang melayang mati kena tembak, bom dan juga disembelih. Perasaan dendam terus membuak-buak di kalangan penduduk sehinggakan orang ramai yang bekerja dengan kerajaan atau mempunyai hubungan dengan kerajaan Thailand terus diburu dan menjadi mangsa pembunuhan. Penganiayaan dan penindasan kepada penduduk Selatan Thailand menambahkan lagi penderitaan yang semakin parah.
Keperitan yang ditanggung oleh mangsa, keluarga dan ancaman yang berterusan kepada penduduk Patani, Tak Bai (Selatan Thailand) menjadikan mereka bergantung harap sepenuhnya kepada pertolongan Allah S.W.T Harapan, doa, linangan air mata pengharapan dari jiwa yang ikhlas disandarkan kepada Tuhan pencipta sekelian alam. Agar suatu hari perbuatan kejam dan penindasan yang tidak berperikemanusiaan yang diterima selama ini dibalas seadilnya oleh Tuhan Rabbul Jalil. Bak kata pegangan ahli agama doa orang yang teraniaya mudah diperkenankan oleh Allah S.W.T
Kini bukti dan hakikat keadilan rakyat hampir diperlihatkan kebenarannya. Rakyat seluruh Thailand bangun membantah dan melaungkan slogan anti kerajaan dan cuba melemahkan pentadbiran negara. Setelah sekian lama gerakan anti kerajaan dilakukan dengan berbagai cara sehinggakan Somchai dinafikan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan tidak boleh bergiat politik selama lima tahun dengan serta merta.
Situasi ini dilihat sebagai pembalasan Tuhan kepada orang-orang yang bersikap zalim kepada orang lain. Jadi berbalik di negara kita adakah kerajaan sekarang ini betul-betul zalim dengan undag-undang sedia ada yang diguna pakai. Apakah kerajaan yang ada sekarang ini telah beratus membunuh rakyatnya yang tidak berdosa tanpa sebab. Atau langsung membiarkan rakyatnya menderita akibat pelbagai tekanan berbentuk ekonomi, sosial dan politik. Atau melakukan sesuka hati memenjarakan pemimpin-pemimpin yang dikatakan pembela rakyat.
Semua ini banyak pandangan tersendiri yang diberikan. Namun hakikatnya adakah kita, keluarga, ibu bapa, sanak saudara yang jauh dan dekat, susah hendak mencari makan atau hidup dalam kesusahan takut dibunuh oleh polis/askar dan sebagainya. Dalam keadaan lain ada penjenayah yang dapat ditangkap masih diberi peluang untuk membela diri dimahkamah ekoran sabitan tuduhan melakukan jenayah. Justeru kesungguhan pihak-pihak yang mahu memajukan negara, mengekalkan perpaduan yang sedia ada sering dipandang serong dan diperlekehkan hasrat murni tersebut. Senario ini berlaku dan jika membicarakan soal ini orang akan mengatakan awak orang kerajaan atau sebaliknya. Tapi mahukah kita meruntuhkan negara, melonggarkan ikatan perpaduan yang sekian lama diusahakan atau lebih suka menonton pergaduhan yang berlaku antara rakyat di negara ini. Fikirkan lah natijahnya kesan jika tiadanya lagi konsep perpaduan, bermuafakatan antara kaum, hormat menghormati dan saling percaya mempercayai antara kita.

3 comments:

bahteramalaya said...

siapa Pun jika ditanya inginkan keamanan.......tiada siapa yang inginkan pemberontakan.....ini semua rakyat Malaysia idamkan....pokok pangkalnya rakyat Malaysia sendiri yang menimbulkan huru hara.....bukan tak baik pembangkang tue...ada baiknya jugak.....tapi jangan la sampai menang sorak kampung tergadai.....

Gerrard said...

parti politik sekarang ini banyak yang menaburkan janji2 yang takkan akan terlaksana.. namun mereka lupa akan kekuatan sesebuah parti iaitu kepercayaan dan perpaduan di antara ahli ..

oh~ sayang sekali ...

Kenit BESTARI said...

Sebenarnya kita tak perasan, segala kamelut dan huru hara ini di cipta oleh penyangak rasaksa Amerika dan kuncu-kuncunya. Mereka mahukan politik dan ekonomi dunia ini huru hara dan kacau bilau.lalu mereka akan mengawal dan menguasai nya.Kene ada seorang pembelot dalam negara itu yang perlu mereka caridan tatang
Sebab itu mereka bermati matian menyokong dan membela si mamat Anwar Berahi-m kerana mamat ni asyik berkiblatkan Amerika.
So Hati hati dengan budaya "berarak" dan " demonstrasi " yang di bawak oleh mamat DSAI ni

Kenit : Hampir semua pemimpin yang naik menerusi demonstrasi jalanan akan jatuh melalui demonstrasi juga